.MARKO PENGAJARAN SAINS TAHUN 5 -TABIAT MAKANAN HAIWAN
...Wednesday, 2 November 2011


Mata Pelajaran
:
Sains
Kelas
:
5M
Tarikh
:
19-10-2011
Masa
:
30 minit
Bilangan Murid
:
12 orang
Bidang Pelajaran
:
Menyiasat Alam Kehidupan
Tema
:
Herbivor, Karnivor, Omnivor

Hasil pembelajaran
:
          A)  Menguasai isi kandungan
- mengetahui nama haiwan dan makanannya.
- memperkenalkan istilah Herbivor, Karnivor dan Omnivor.
- mengenalpasti makanan yang dimakan oleh haiwan.
- mengelaskan haiwan dalam kumpulan Herbivor, Karnivor dan Omnivor.



         B)  Membina kemahiran berfikir dan strategi berfikir
- berkomunikasi dengan rakan dan guru di dalam keadaan terkawal semasa aktiviti sedang dijalankan.
- mensintesiskan hubungan makanan antara haiwan dengan haiwan.



         C)  Mengamalkan nilai murni
-  bekerjasama dengan rakan dalam menjalankan sesi permainan.
- mengikut arahan guru dan menghormati guru

Objektif pembelajaran
:
Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat


-> menyatakan nama haiwan dan makanannya dengan betul secara lisan.
-> mengelaskan tabiat makanan haiwan dalam kumpulan Herbivor, Karnivor dan Omnivor secara bertulis.
-> menghasilkan lembaran kerja  dengan mengelaskan tabiat makanan haiwan.


KBKK
:
i) Mengenal pasti
ii) Menghubung kait
iii) Menyampai maklumat
iv) Membuat kesimpulan

Bahan, peralatan dan bahan sumber

:
Patung-patung  haiwan, kad perkataan, kad imbasan haiwan, gambar-gambar  haiwan,lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada

:
Murid-murid telah mengetahui nama-nama haiwan.

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan / Mencungkil Idea
 (5 minit)

Nama haiwan dan makanannya.







1.Guru meminta murid mengambil patung-patung  haiwan yang terdapat di dalam kotak.

2. Guru menyoal murid :
-Apakah nama haiwan ini?
-Apakah makanan haiwan tersebut?

3. Guru menerangkan tabiat makanan haiwan dan seterusnya mengaitkannya dengan tajuk pelajaran hari ini.







1.Murid memberi  respon.



2.Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru.


3.Murid menumpukan perhatian semasa sesi penerangan dijalankan.
Strategi / Teknik :
Penyoalan
Penerangan

BBM: Patung Haiwan yang berlainan
Mestruktur / Menstuktur semula
 (7 minit)


Mengetahui nama haiwan dan makanannya.


1. Guru menunjukkan gambar-gambar haiwan yang berlainan.

2.Guru meminta murid menyatakan nama haiwan dan makanannya .
1.Murid menyatakan nama haiwan.

2.Murid menyatakan nama dan makanan haiwan yang ditunjuk.

Strategi / Teknik :
Pemerhatian

BBM:Kad-kad imbasan haiwan
Aplikasi Idea
 (8 minit)
Memperkenalkan istilah Herbivor, Karnivor dan Omnivor.


Mengenalpasti makanan yang dimakan oleh haiwan.


1. Guru menunjukkan kad perkataan “ Herbivor”, “Karnivor” dan “Omnivor”.

2. Guru menerangkan maksudnya dengan menghubungkaitkan dengan makanan haiwan.

3. Guru menunujukkan gambar-gambar haiwan.

4. Guru membimbing murid untuk mengenalpasti makanan yang dimakan oleh haiwan.

1.Murid membaca istilah Herbivor, Karnivor dan Omnivor.

 2.Murid menyatakan nama haiwan dan makanannya.


3.Murid mengelaskan tabiat makanan haiwan dalam kumpulan Herbivor, Karnivor dan Omnivor.

Strategi / Teknik :
Penerangan
Pemerhatian


BBM: Kad Perkataan Gambar haiwan

Kemahiran:
Mengenalpasti
Inkuiri Penemuan / Bimbingan

(10 minit)
Mengelaskan tabiat makanan haiwan dalam kumpulan Herbivor, Karnivor dan Omnivor.

Membincang tentang tabiat makanan haiwan

1. Guru memberi arahan mengenai permainan dengan jelas.


2. Guru mengagihkan contoh haiwan kepada setiap murid untuk menjalankan sesi permainan.




3. Guru membimbing
murid semasa sesi permainan dijalankan.


1.Murid mendengar arahan guru dengan teliti.


 2.Setiap murid dikehendaki mengelaskan tabiat makanan dalam kumpulan Herbivor, Karnivor dan Omnivor dengan contoh haiwan yang diberikan.

3.Murid yang dapat mengelaskan tabiat makanan haiwan mengikut kumpulan akan diberi pujian oleh  guru.

Strategi / Teknik :
Permainan, perbincangan
Bimbingan

BBM: gambar haiwan

Kemahiran:
Pengkelasan
Refleksi/Penutup
 (5 minit)

Menghasilkan sebuah buku skrap dengan mengelaskan tabiat makanan haiwan.
-Herbivor
-Karnivor
-Omnivor
1.   Guru membimbing murid membuat kesimpulan mengenai tabiat makanan haiwan.

2. Guru menerangkan cara membuat lembaran kerja dan membimbing murid-murid yang lemah.
 1.Murid membuat kesimpulan.

2.Murid dikehendaki menghasilkan sebuah buku skrap dengan mengelaskan tabiat makanan haiwan dalam kumpulan Herbivor, Karnivor dan Omnivor.
Strategi/Teknik:
Penerangan
Bimbingan

Kemahiran:
Membuat kesimpulan

BBM:lembaran kerja






■Go To The Top■