.Rancangan Pengajaran Harian - Sains Sekolah Rendah Tahun Lima
...Tuesday, 11 October 2011

Mata Pelajaran
:
Sains
Kelas
:
5M
Tarikh
:
5-4-2011
Masa
:
60 minit
Bilangan Murid
:
15 orang
Bidang Pelajaran
:
Menyiasat Alam Kehidupan
Tema
:
Herbivor, Karnivor, Omnivor

Hasil pembelajaran
:
          A  Menguasai isi kandungan
- mengetahui nama haiwan dan makanannya.
- memperkenalkan istilah Herbivor, Karnivor dan Omnivor.
- mengenalpasti makanan yang dimakan oleh haiwan.
- mengelaskan haiwan dalam kumpulan Herbivor, Karnivor dan Omnivor.



         B  Membina kemahiran berfikir dan strategi berfikir
- berkomunikasi dengan rakan dan guru di dalam keadaan terkawal semasa
aktiviti sedang dijalankan.
- mensintesiskan hubungan makanan antara haiwan dengan haiwan.



         C  Mengamalkan nilai murni
-  bekerjasama dengan rakan dalam menjalankan sesi permainan.
- mengikut arahan guru dan menghormati guru

Objektif pembelajaran
:
Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat


- menyatakan nama haiwan dan makanannya dengan betul secara lisan.
- mengelaskan tabiat makanan haiwan dalam kumpulan Herbivor, Karnivor
dan Omnivor secara bertulis.
- menghasilkan sebuah buku skrap dengan mengelaskan tabiat makanan haiwan.

KBKK
:
Mengenal pasti
Menghubung kait
Menyampai maklumat
Membuat kesimpulan

Bahan, peralatan dan bahan sumber

:
Patung haiwan, kad perkataan, gambar, kertas latihan
Pengetahuan sedia ada

:
Murid-murid telah mengetahui nama-nama haiwan.

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan / Mencungkil Idea
 (5 minit)

Nama haiwan dan makanannya.







1.Guru menunjukkan patung gajah, harimau dan beruang dengan satu demi satu.

2. Guru menyoal murid :
-Apakah nama haiwan ini?
-Apakah makanan haiwan tersebut?

3. Guru menerangkan tabiat makanan haiwan dan seterusnya mengaitknnya dengan tajuk pelajaran hari ini.




1.Murid memberi  respon.



2.Murid menjawab soalan yang   ditanya oleh guru.


3.Murid menumpukan perhatian semasa sesi penerangan dijalankan.
Strategi / Teknik :
Penyoalan
Penerangan

BBM: Patung Haiwan
Mestruktur / Menstuktur semula
 (10 minit)




Mengetahui nama haiwan dan makanannya.


1. Guru menunjukkan gambar-gambar haiwan.

2.Pertunjukkan slaid dengan menggunakan Power Point.
1.Murid menyatakan nama haiwan.

2.Murid menyatakan makanan haiwan yang ditunjuk dalam Power Point.

Strategi / Teknik :
Pemerhatian

BBM:Power Point –slaid
Aplikasi Idea
 (20 minit)
Memperkenalkan istilah Herbivor, Karnivor dan Omnivor.


Mengenalpasti makanan yang dimakan oleh haiwan.


1. Guru menunjukkan kad perkataan “ Herbivor”, “Karnivor” dan “Omnivor”.

2. Guru menerangkan maksudnya dengan menghubungkaitkan dengan makanan haiwan.

3. Guru menunujukkan gambar-gambar haiwan.

4. Guru membimbing murid untuk mengenalpasti makanan yang dimakan oleh haiwan.

1.Murid membaca istilah Herbivor, Karnivor dan Omnivor.

 2.Murid menyatakan nama haiwan dan makanannya.

3.Murid mengelaskan tabiat makanan haiwan dalam kumpulan Herbivor, Karnivor dan Omnivor.

Strategi / Teknik :
Penerangan
Pemerhatian


BBM: Kad Perkataan Gambar haiwan

Kemahiran:
Mengenalpasti
Inkuiri Penemuan / Bimbingan

(20 minit)
Mengelaskan tabiat makanan haiwan dalam kumpulan Herbivor, Karnivor dan Omnivor.

Membincang tentang tabiat makanan haiwan

1. Guru memberi arahan mengenai permainan dengan jelas.

2. Guru mengagihkan kertas latihan kepada murid untuk menjalankan sesi permainan.

3. Guru membimbing
murid semasa sesi permainan dijalankan.

4.Perbincangan di mana ketua kumpulan akan membentangan dapatan masing-masing.

5. Guru membimbing
murid semasa sesi
perbincangan sambil
memberi input tambahan.




1.Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan dalam sesi permainan.

 2.Setiap kumpulan dikehendaki mengelaskan tabiat makanan dalam kumpulan Herbivor, Karnivor dan Omnivor dengan kertas latihan yang diberikan.

3.Kumpulan yang dapat mengelaskan tabiat makanan haiwan dalam masa yang tersingkat adalah dikira menang.

4.Ketua kumpulan
membentangan dapatan
masing-masing
Strategi / Teknik :
Permainan, perbincangan
Bimbingan

BBM: Kertas Latihan

Kemahiran:
Pengkelasan
Refleksi/Penutup
 (5 minit)

Menghasilkan sebuah buku skrap dengan mengelaskan tabiat makanan haiwan.
-Herbivor
-Karnivor
-Omnivor
1.   Guru membimbing murid membuat kesimpulan mengenai tabiat makanan haiwan.

2. Guru menerangkan cara membuat buku skrap dan meminta murid-murid menghasilkannya secara individu.
 1.Murid membuat kesimpulan.

2.Murid dikehendaki menghasilkan sebuah buku skrap dengan mengelaskan tabiat makanan haiwan dalam kumpulan Herbivor, Karnivor dan Omnivor.
Strategi/Teknik:
Penerangan
Bimbingan

Kemahiran:
Membuat kesimpulan


■Go To The Top■