SJKC Wu Teck merupakan sekolah jenis kebangsaan jenis kebangsaan yang terletak di sebuah perkampungan orang Cina di Bagan Hylam.Enrolmen pelajar sekolah saya kian menurun dan kini hanya tinggal seramai 34 orang pelajar. Kelas sekolah saya adalah secara bercantum di mana terdapat 3 buah kelas iaitu Tahun 1 dan Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4 serta Tahun 5 dan Tahun 6.Bilangan guru di sekolah saya adalah seramai 6 orang.
Pada tahun 2012,sekolah saya akan membuka lembaran yang baru dengan berpindah ke lokasi yang baru iatu Bukit Tinggi 3 iaitu Bandar Parklands.
VISI SJKC WU TECK
Berpandukan Falsafah Pendidikan Negara, guru mengajar mengikut sukatan pelajaran supaya mereka dapat mengukuhkan asas pendidikan lalu terus sambung belajar agar menjadi insan/rakyat yang berguna kepada masyarakat dan negara.
MISI SJKC WU TECK
Guru mendidik dengan ikhlas dan jujur, membimbing murid dengan penuh kesabaran dan toleransi.Guru memberi dan menjadi contoh yang baik kepada murid. Murid sentiasa digalakkan bersemangat berdikari dan mengambil inisiatif dalam pembelajaran. Dengan ini, semua murid dapat mengikuti pelajaran sekolah rendah dengan baik dan berkesan.
SJKC WU TECK ditubuhkan sejak tahun 1916 dan menjangkaui 95 tahun.
Titi yang digunakan untuk guru-guru sekolah dan penduduk kampung untuk pergi dan balik.
Persekitaran sekolah yang berdekatan dengan pinggir laut.
Pelajar-pelajar sekolah saya terdiri daripada pelbagai bangsa.
Saya berharap sekolah saya akan berkembang dengan lebih maju dan gemilang pada masa yang akan datang.