.MIKROPENGAJARAN SAINS TAHUN 5 - TABIAT MAKANAN HAIWAN
...Wednesday, 26 October 2011

Mata Pelajaran                  :  Sains Sekolah Rendah
Tingkatan                            : 5 Merah
Bilangan Pelajar                  : 12 orang
Tarikh                                   : 19-10- 2011
Masa                                     : 12.05 – 12.35 pagi (30 minit)
Bidang Pelajaran                  : Menyiasat Alam Kehidupan
Tema                                     : Herbivor, Karnivor, Omnivor

Hasil pembelajaran
:
          A)  Menguasai isi kandungan
- mengetahui nama haiwan dan makanannya.

- memperkenalkan istilah Herbivor, Karnivor dan Omnivor.

- mengenalpasti makanan yang dimakan oleh haiwan.

- mengelaskan haiwan dalam kumpulan Herbivor, Karnivor dan Omnivor.




         B)  Membina kemahiran berfikir dan strategi berfikir

- berkomunikasi dengan rakan dan guru di dalam keadaan terkawal semasa aktiviti sedang dijalankan.

- mensintesiskan hubungan makanan antara haiwan dengan haiwan.



         C)  Mengamalkan nilai murni
-  bekerjasama  dalam menjalankan sesi permainan.

- mengikut arahan guru dan menghormati guru

Objektif pembelajaran
:
Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat


- menyatakan nama haiwan dan makanannya dengan betul secara lisan.

- mengelaskan tabiat makanan haiwan dalam kumpulan Herbivor, Karnivor dan Omnivor secara bertulis.


KBKK
:
Mengenal pasti
Menghubung kait

Bahan, peralatan dan bahan sumber

:
kad –kad perkataan,  gambar haiwan ,kotak
Pengetahuan sedia ada

:
Murid-murid telah mengetahui nama-nama haiwan.


Pelaksanaan P&P :
Langkah / Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Aplikasi Idea
    (8minit)  


   ->Guru memperkenalkan istilah Herbivor, Karnivor          dan Omnivor.
   ->Guru mengenalpasti makanan yang dimakan oleh haiwan.
  ->Murid mengategorikan tabiat makanan haiwan  mengikut pengkelasan makanan haiwan.

Nilai :
-     Bekerjasama
-     Menghormati guru

Perincian Pelaksanaan P&P:
Masa
Pelaksanaan aktiviti
Minit 1-2
     -Guru menunjukkan kad perkataan “ Herbivor”, “Karnivor” dan “Omnivor”.
    -Guru menerangkan maksudnya dengan menghubungkaitkan dengan makanan haiwan.

Minit 3-6
-          Guru memasukkan gambar-gambar haiwan dalam sebuah kotak.
-          Guru meminta pelajar membuat cabutan haiwan yang  terdapat dalam kotak dan memadankan ke kumpulan tabiat makanan haiwan yang betul.
-          Pelajar memberi  respon.
 Minit 7-8
-          Guru membimbing murid untuk mengenalpasti makanan yang dimakan oleh haiwan
-          Guru memberi pujian kepada murid yang dapat memadankan gambar haiwan dalam kumpulan yang dikategorikan.




Bahan-bahan bantu Mengajar

草食动物 Herbivor

肉食动物   Carnivor

杂食动物   Omnivor

KAD-KAD PERKATAAN


  


■Go To The Top■