.Herbivor atau Karnivor
...Sunday, 23 October 2011


Bila dilihat dari struktur anatomi tubuhnya, tubuh manusia lebih cocok untuk mengonsumsi tumbuh-tumbuhan daripada daging. Hal itulah yang menyebabkan mengapa para vegetarian lebih sihat daripada pemakan daging. Berikut akan dibahas perbezaan struktur anatomi haiwan karnivor dengan manusia herbivor.
Gigi dan mulut
Struktur gigi manusia hanya memiliki dua pasang taring. Hal ini sangat berbeza dengan haiwan karnivor yang semua giginya terdiri atas taring. Selain itu bentuk taring haiwan sangat tajam dan besar yang mana berfungsi untuk merobek daging. Rahang manusia dan haiwan herbivor dapat bergerak menyamping selain gerakan ke atas bawah. Pergerakan ini berfungsi untuk menggiling sayur dan buah-buahan. Sebaliknya rahang haiwan karnivor hanya dapat bergerak ke atas bawah. Karnivor tidak membutuhkan gerakan menggiling, ini kerana mereka langsung menelan makanannya.
Air liur manusia dan haiwan herbivor lainnya mengandung enzim-enzim pencernaan yang membantu proses pencernaan makanan, haiwan karnivor tidak membutuhkan enzim-enzim ini kerana mereka langsung menelan makanannya yang selanjutnya dicerna di lambung.
Keasaman lambung
Haiwan karnivor memiliki tingkat keasaman lambung yang sangat tinggi. Asam ini memainkan peranan penting sebagai pembunuh bakteri-bakteri berbahaya yang terdapat pada daging. Sebaliknya manusia dan haiwan herbivor memiliki asam lambung yang lebih lemah dibandingkan haiwan karnivor. Asam yang tinggi tidak diperlukan untuk mencerna sayur dan buah-buahan.
Kita memang dapat memasak daging untuk membunuh bakteria dan membuat daging menjadi lebih mudah dicerna. Tetapi bukankah sudah jelas bahawa struktur tubuh kita kurang sesuai untuk makan daging. Lagi pula dalam kenyataannya tidak semua bakteria dalam daging berhasil dibunuh pada saat proses pemasakan. Akibatnya pemakan daging sangat berisiko menderita penyakit-penyakit yang disebabkan oleh bakteria-bakteria mahupun virus pada haiwan. Misalnya sapi gila, penyakit kuku dan mulut, flu burung, dan lain-lain.
Panjang usus
Haiwan karnivor memiliki panjang usus kecil yang relatif pendek, rata-rata hanya tiga sampai enam kali panjang tubuhnya. Hal ini mengakibatkan daging yang mereka makan dapat segera dikeluarkan dari usus dalam waktu yang relatif cepat, sehingga daging tidak sempat membusuk di dalam usus.
Manusia dan haiwan herbivor memiliki panjang usus kecil rata-rata sepuluh sampai lebih dari dua belas kali panjang tubuhnya. Usus panjang ini sangat cocok untuk penyerapan dan pencernaan sayur dan buah-buahan. Sebaliknya usus yang panjang ini menjadikan makan daging menjadi sesuatu yang berbahaya bagi manusia kerana daging sempat mengalami pembusukan di usus. Banyak penelitian yang menyimpulkan bahwa hal ini adalah penyebab kanser usus.
Perbezaan Struktur Tubuh Manusia, Karnivor, dan Herbivor
Otot-otot wajah
Karnivor      berbentuk sederhana dan dapat membuka lebar
Herbivor     berstruktur kompleks
Manusia        berstruktur kompleks
Pergerakan rahang
Karnivor      berbentuk zigzag, hampir tidak memiliki gerakan menyamping
Herbivor     dapat bergerak menyamping ataupun maju mundur
Manusia        dapat bergerak menyamping ataupun maju mundur
Gigi seri
Karnivor      pendek dan tajam
Herbivora     lebar dan rata
Manusia        lebar dan rata
Gigi taring
Karnivor      panjang, tajam, dan melengkung
Herbivor     tumpul, bisa pendek atau panjang atau tidak ada sama sekali
Manusia        pendek dan tumpul
Gigi geraham
Karnivor      tajam, bergerigi, dan berbentuk pisau
Herbivor     rata
Manusia        rata
Gerakan mengunyah
Karnivor      tidak ada, makanan langsung ditelan
Herbivor    ada
Manusia        ada
Air liur
Karnivor      tidak mengandung enzim pencernaan
Herbivor     mengandung enzim pencernaan
Manusia        mengandung enzim pencernaan
Keasaman lambung
Karnivor      tingkat pH 1 atau kurang dengan makanan di lambung
Herbivor     tingkat pH 4 atau 5 dengan makanan di lambung
Manusia        tingkat pH 4 atau 5 dengan makanan di lambung
Panjang usus kecil
Karnivor      3 sampai 6 kali panjang tubuh
Herbivor     10 sampai lebih dari 12 kali panjang tubuh
Manusia        10 sampai 11 kali panjang tubuh
Bentuk kuku
Karnivor      tajam
Herbivor     rata dan tumpul
Manusia        rata


■Go To The Top■